Apam Balik
SALAM...........
pagi ni buat apam balik untuk sarapan.resepi dari dari buku senangnya memasak kak hanieliza.saya ambil resepi dari blog mamasyipah.........
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
Bahan B
2 cawan susu segar [1 cawan susu cair + 1 cawan air]
1/2 cawan minyak
2 biji telur
Bahan C
coklat chips [xbbuh pun]
jagung cream
Cara
1. Gaulkan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B dalam blender .
3. Masukkan bahan A dalam blender dan mesinkan.
4. Panaskan non-stik pan dan sendukkan adunan.
5. Tutup pan dan biarkan adunan 3/4 masak.
6. Letakkan coklat chips atau jagung.
7. Lipat dan hidang
Apam Pisang Coklat

-menghasilkan 10 biji apam (acuan apam saiz biasa)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 cawan gula
2 biji pisang ranum ( dilecek)
1 biji telur
50ml minyak masak
secubit garam
3 sudu besar serbuk koko
Cara-caranya
1. Lecek pisang yang telah ranum dan campurkan dengan secubit garam, ketepikan. selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder.
2. Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung sedikit demi sedikit, serbuk koko, soda bikarbonat dan minyak masak, kacau sebati.
3. Panaskan pengukus, Isikan 3/4 adunan apam ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.
Apam hitam manis @ gula hangus

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan air
(dijadikan gula hangus)
Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu mkn bikarbonat(jgn terlalu penuh)-diayak bersama
2 biji telor
2 sudu mkn majerin@butter
2 sudu mkn susu manis
1/2 cawan minyak masak@jagung
Cara2nya:
Panaskan pengukus..
Bahan A di jadikan gula hangus..sejukkan seketika
Blender telor..susu..minyak &butter sehingga sebati..
Masukksn gula hangus tadi dan blender sekejap..
Kemudian tambah tepung dan bikarbonat tadi yg telah di ayak bersama..Kacau sebati(adunan tidak berketul)
Masukkan adunan tadi dalam acuan yg dikehendaki..(jangan terlalu penuh)
Kukus dalam 15-20 minit..
Sejukkan dan boleh dihidang..
Selamat mencuba ....

Roti Puri
175ml air panas
2sudu mkn gula
1/2sudu kecil garam
3sudu mkn minyak masak
*Didihkan semua bahan diatas.
2cwn tpg gndum
1sudu kecil mauripan
# Satukan tpg dan mauripan.
Cara:
Cmpur bhn yg dipanaskan td kedalam tepung.gaul guna garfu.Bila tepung suam2 bolehlah diuli smpai jdi doh.Rehatkan 30minit.Bulat2kan doh sebesar bola golf dan canai nipis mcm kulit karipap.Bolehlah digoreng sekeping2.Simbah2 roti dgn minyak.Guna api perlahan.Sedap mkn dgn kari atau sambal.
Nota:1 cawan minyak untuk menggoreng.Bhn yg dididih mesti btl2 panas masa dituang kedlm tepung.
Selamat mencuba ....
Yemeni Mandy Chicken
Bahan-bahan: Ayam & Sup
1 ekor ayam - dibelah 4
2 biji bawang besar - dadu halus
3 biji tomato - di dadu kecil
2 helai bay leaves
2 batang kulit kayu manis
7 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
2 sb serbuk jintan putih
1 sb serbuk ketumbar
2 sk saffron dicampurkan dengan 1/4 cawan jus lemon.
Minyak untuk menumis
Garam
Cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik baunya. Masukkan tomato yang didadu dan air. Kemudian masukkan bahan bahan lain di atas dan sedikit garam. Biarkan sehingga air mendidih dan masukkan ayam ke dalamnya. Selepas ayam masak, keluarkan ayam dan toskan. Tuangkan saffron yang dicampur dengan jus lemon ke atas ayam dan biarkan seketika. Kemudian bolehlah dibakar.
Bahan bahan: Nasi
5 cawan beras basmathi - basuh & tos
5 cawan air rebusan ayam tadi
2 labu bawang besar - dihiris
2 sb serbuk jintan putih
1 sb serbuk ketumbar
Cara :
Tumis sedikit bawang yg dihiris
Masukkan beras yang ditos ke dalam air rebusan ayam.Masukkan sekali segala bahan2 yg tertinggal dr air rebusan tersebut. Masak sehingga nasi kering. Kemudian masukkan serbuk jintan dan ketumbar. Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak dan di hidang.

Bahan-bahannya.
- 2 cwn nasi
- 2 cwn tepung gandum
- 2 cwn tepung beras
- 1 1/2cwn gula pasir
- 2 1/2 cwn air
- 2 sudu kecil yis (mauripan)
- kelapa parut dgn sedikit garam
Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.
Kek batik simple
1- Biskut Marie 1 pek (250g)
patah2 kan
2- 250g butter (suhu bilik)
3- 2 cawan milo
4- 2 SB serbuk koko
5- 1 tin susu pekat (wanny guna 1/2 tin je )
Cara- cara:
1- cair kan butter atas kuali, masuk kan susu. Kacau sampai sebati.
2- masuk kan milo dan serbuk koko. Kacau sampai adunan coklat td keluar bubble (blup blup). Hahaha
3- masuk kan biskut Marie. Tutup api, gaul biskut sampai coklat menyelaputi semua bahagian biskut.
4- lapik loyang dgn aluminium foil ( senang nk keluar kan dr loyang nnt)
5- tekan-tekan sampai biskut td mampat, kalau rase nk lg sedap tabur milo kat atas adunan td. lepas tu terus masuk kan dlm peti ais.
Selamat mencuba... Yeaaaa!!

gambar di bawah : kek batik simple

Resipi Kuih Lapis Tepung Beras

Bahan2
3 cawan tepung beras
6 cawan santan sederhana pekat (lebih kurang 1200ml)
6 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
Sedikit perisa ros @ sirap
miyak @ majerin utk disapu pada loyang
Cara2
Panaskan pengukus dan sediakan loyang yang telah disapu minyak @majerin.
Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Warnakan satu bahagian dengan perisa ros.
Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang sesenduk adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang sesenduk lagi adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.
Setelah siap, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
TIPS
Balut penutup periuk dengan kain supaya air wap pada penutup periuk tidak jatuh pada kuih lapis..
SEKIAN...

Resipi Air Jimi Asmara
~Anggaran 1 jug~
Bahan:
Air gula secukup rasa
Air masak secukupnya
7 biji limau kasturi (ambil jusnya)
Sedikit perwarna hijau. ( sy pakai perwarna hijau apple star brand)
1@2 titik esen pisang ( star brand jugak.)
Cara:
Bancuh macam biasa saje.. esen pisang tu jgn terlebih.. nanti pedar rasa dia..
Ikutkan pkai jus Sunkist.. but telah direnovate ke limau kasturi..

Resipi Sotong Bakar Percik Vantage
Bahan ( Sotong Bakar)
1/2 kg sotong
serbuk kunyit
garam halus
cara:
1)cuci bersih sotong dan kelar permukaan atas sahaja
2)gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit..bakar/panggang sampai masak
3)bila sotong dah masak boleh ambik skit percik tadi siram atas sotong..balik2 kan sampai percik agak garing..baki percik siram atas sotong masa hidang dlm pinggan nnti...
Bahan (percik)
2 batang serai (ketuk2 je)kalau nak bland pun boleh
*10 tangkai cili kering (potong pendek dan rebus)
*sedikit belacan
*1 labu bawang besar
*2 - 3 inci kunyit hidup
*1 cawan santan cair
*1 sudu kecil jintan manis
* 4-5tangkai cili padi
jus asam jawa/asam keping
1/2 cawan pati santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit

Cara - cara :
-bland bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik
-masak sampai agak2 nak pekat,masukkan jus asam jawa/asam keping,pati santan dan perasakan garam gula...biarkan mendidih...carik2n/hiris halus daun kunyit dalam percik (kalau nak ganti ngan daun limau purut pun boleh)
-bila dah masak boleh siram atas sotong bakar tadi
*kalau percik tu nak guna utk ayam perlu tambah halia masa bland cili n bhn2 lain tu ya
Resipi Polkadot Cheesecake

Polkadot Cheesecake
Untuk kerak :
- 1 Cawan biskut digestive/biskut marie, hancurkan
- 1/ 4 cawan koko
- 2 sudu besar gula
- 1/ 4 cawan mentega cair .
Untuk filling :
- 2 cawan cream cheese
- 1/2 cawan gula
- 2 biji telur
- 50g coklat gelap, cairkan (agak-agak je)
- 1 sudu besar esen vanila
- 2 /3 cawan sour cream
Arahan:
1. Panaskan ketuhar ke 150 celcius, gris loyang dan alas dengan baking sheet.
2, Kacau semua bahan-bahan kerak dalam mangkuk hingga sebati
3. Setelah sebati masukkan dalam loyang dan tekan sehingga padat.
4. Sekarang , pukul cream cheese sehingga kembang. Tambahkan gula sedikit demi sedikit.
5. Tukar mixer kepada kelajuan rendah dan masukkan telur ke dalam adunan sebiji demi sebiji
6. Seterusnya tambahkan vanila dan sour cream. Pukul lg hingga sebati.
7. Ketepikan 1/2 cawan adunan untuk dibuat filling. Tuang adunan selebihnya ke dalam loyang dan ratakan.
8. Sekarang, cairkan coklat dan campurkan ke dalam 1/2 cawan adunan tadi.
9. Untuk membuat polkadot kita perlukan piping beg yang dipasang dengan piping tip bentuk bulat.
10. Isi piping beg dengan adunan coklat. Perlahan-lahan celupkan piping beg ke dalam adunan kek dan picit supaya membentuk titik/polkadot.
11. Teruskan membuat polkadot sehingga adunan coklat habis.
12. Bakar dalam ketuhar selama 1 jam, matikan ketuhar dan biarkan kek dalam ketuhar selama 1 jam lagi.
13. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dihidangkan.

No comments:
Post a Comment