3/31/2014

Tips Kecantikan Dalaman Wanita

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Tidak dinafikan kaum wanita inginkan kecantikan .. tidak kira sama ada kecantikan dalaman mahupun luaran. Namun demikian , kaum wanita haruslah tahu menjaga ketrampilan diri agar sentiasa kelihatan cantik.

Dibawah merupakan tips kecantikan dalaman khas untuk kaum wanita :

1. Minum banyak air suam air mineral. Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan jugak membantu membakar kalori dalam badan.

2. Bersenam - baik untuk kesihatan, elok untuk rohani. Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Lepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan merokok - merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu itu, jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah, jika orang memilih antara sihat dan berpenyakit .. pasti org lebih nak sihat, kan ?

4. Tidur yg cukup - Jangan asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.


5. Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap - Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jangan biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dengan wajah yg bersih.

6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jangan sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

7. Manjakan diri - Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan stress - Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don't worry, be happy - Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

10. Ketawa penghibur duka - Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.


Amalkan selalu 

3/26/2014

Tune Talk

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Saya ingin memperkenalkan simkad tune talk tone excel. Line tune talk tone excel sama dengan celcom jadi coverage ok. Ini bermakna lice celcom pun ada (kerana ianya merupakan anak syarikat celcom).

Kebaikan tone excel ini :

1) Dpt call (mcm yg lain jugak)
2) Dpt sms (sama mcm yg lain jugak)
3) Dpt internet (sama seperti yang lain)

Tapi, jenama line lain tiada seperti tune talk tone excel, iaitu :

1 ) Top RM30 free topup RM10
2 ) Top RM50 free topup RM20
3 ) Kalau kita kita reload dapat bonus 3% masuk dalam akaun kita.
4 ) Kalau rakan - rakan yang jadi downline kita topup kita dapat 26%
5 ) Tiap kali kita bawa rakan masuk tone excel, kita dapat RM20
6 ) Selain itu, kita entitle insurans RM100,000.
7 ) Dapat banyak rakan dan bonus boleh pergi Bali dan Umrah
8 ) Ada bonus tahunan
9 ) Boleh kekal nombor telefon lama

Modul RM90 sahaja .. setiap bulan kita reload jugak, tapi dengan tone excel kita dapat lebih. Sesiapa berminat, boleh jadi downline saya, saya akan bimbing anda ..





Kucing

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Kucing .. yer kucing.. siapa tak suka dengan kucing .., saya pun suka sangat dengan kucing .... dari zaman kecil hinggalah sekarang .. tak pernah lekang dari memelihara kucing .. saya dan sekeluarga memelihara 5 ekor kucing .... majoritinya kucing kampung ....


 

Gambar di atas merupakan 5 ekor kucing yang saya dan sekeluarga pelihara ..... 2 jantan dan 3 betina
Sihat belaka semuanya .. kami pelihara kucing kesayangan kami sejak tahun 2011 lagi .. mereka penghibur lara kami sekeluarga .... si kecil a.k.a mama meow, si keiro, si kasa, si kitut a.k.a. garfield a.k.a. gembuloyon a.k.a si pemalas a.k.a. si gemuk dan si labu .....

Latar belakang Kucing

Kucing dikenali sebagai bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silverstris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman2 Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia. 

Kucing yang keturunannya berdaftar secara dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukkan. Kucing baka tulen adalah kucing dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing, kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.

Terdapat pelbagai baka kucing dosmetik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seibu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisme ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow/miaou"), mengeluarkan bunyi seperti "purr", berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.

Kucing dan Islam 

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang 
suka berkeliling di rumah (binatang perumahan), "(Hadis Riwayat At-Tirmidzi,An-Nasa'I,Abu Dawud dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke
Bathhan suatu daerah di Madinah. lalu, baginda bersabda,"Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana. Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana.Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu baginda berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, " Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesautu, bahkan tidak ada najis."
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur.Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, ternyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, "Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, " Ia tidak najis. Ia binatang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing (Hadis RIwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq dan Al-Daruquthni).
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, di mana peluh, bekas dan sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak - anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberi kucing tersebut makanan dan minuman. Maka wanita dibalas / dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Photo: Sambal Tempoyak Kacau
Oleh:Mas Cotek
Like: Buku Resepi

Bahan2
2cwn tempoyak
1 genggam cili padi
1-2 inci kunyit hidup
2cwn ikan bilis
1cwn udg basah(Sya suka guna ikan bilis shj..nak msuk ke2nya sekali pun xpe
Garam
Gula/jika tempoyak baru x perlu masukkan gula
2-3 lai daun kunyit muda
2btg serai
1cwn air
Caranya
1)cili api,kunyit hidup dan 1btg serai yg dihiris ditumbuk/1btg serai lg dititik
2)masukkan ikn bilis..ditumbuk jgn hancur ya..kasar2 lg sedap
3)satukan kesemua bahan kdlm periuk,msukkan daun kunyit muda yg disiat2
4)kacau sehingga pekat yg dikehendaki atas api yg perlahan
*Sya suka guna periuk tanah utk smbal ny..
*Yg nk guna udg bole masukkan sekali dgn bahan2 lain..

Sambal Tempoyak Kacau

Bahan - bahan adalah seperti berikut :

2 cawan tempoyak
1 genggam cili padi
1 - 2 inci kunyit hidup
2 cawan ikan bilis

1 cawan udang basah ( saya prefer ikan bilis)
Garam
Gula (jika tempoyak baru x perlu masukkan gula)
2 - 3 lai daun kunyit muda
2 batang serai
1 cawan air

Caranya :
1 ) cili api, kunyit hidup dan 1 batang serai yang dihirs ditumbuk / 1 batang serai lagi dititik
2 ) masukkan ikan bilis, ditumbuk jangan hancur yer .. kasar lagi sedap
3 ) satukan kesemua bahan ke dalam periuk, masukkan daun kunyit muda yang dis siat- siat
3 ) kacau sehingga pekat yang dikehendaki atas api yang perlahan

Saya suka guna periuk tanah untuk sambal nya .. (terpulang pada masing-masing)
Yang nak guna udang doleh masukkan sekali dengan bahan-bahan lain

Selamat mencuba

Apam Polkadot

Assalamualaikum dan 1 Malaysia

Apam polkadot kini menjadi satu trend pada masa kini, yang mana resipi masakan ini menjadi sebutan dan kegemaran semua golongan, tak kira usia mahupun bangsa.

Di bawah merupakan salah satu resipi apam polkadot dan juga favourite :



 3biji telur gred A (dari peti ais) 
*280g (2cwn) tepung gandum
*2sdt baking powder 
*diayak bersama
220g (1 1/2 cwn) gula halus (kalau letak filling guna 200g sahaja)
250ml (1cwn) susu segar/susu cair/santan/susu UHT (saya guna sus cair jenama Ideal)
1sudu kecil ovalette
1sdt esen vanilla (untuk hilangkan hanyir telur)
filling (ikut citarasa sendiri spt chocolate, strawberry, kelapa, kaya, peanut butter) masuk dlm piping bagpewarna (ikut citarasa masing2)
pukul telur + gula + ovalette sampai kembang dengan kelajuan maksimum, adunan ni akan jadi pekat, putih & berkrim bila dah betul2 kembang *biasa 1 adunan ni saya pukul 5 - 6 minit
kemudian slowkan speed baru masukkan tepung + baking powder + bahan cecair secara berselang seli
*masa keseluruhan mengadun dalam 10 - 12 minit
(sementara itu, didihkan air kukusan yang diletak daun pandan untuk apam lebih wangi)
bahagi adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna
masukkan setiap bahagian dalam piping bag
(untuk buat dot, asingkan sedikit adunan dalam piping bag khas untuk buat dot sahaja)
susun acuan lompang dalam pengukus & masukkan paper cup dalam acuan lompang
picit adunan dlm paper cup 1/2 cup
picit filling ikut citarasa
picit adunan sama @ lain warna sehingga penuh
kemudian dot2 kan dengan warna pilihan 
bila air kukusan dah mendidih, sederhanakan api & kukus selama 15 minit ..

Selamat mencuba ...... 


3/24/2014

Kebaikan Produk Sarang Burung Walet

Assalamualaikum dan salam1 Malaysia ..

Seperti yang kita ketahui, produk sarang burung mempunyai kebaikan yang kita tidak ketahui. Diantaranya ialah :

1. Memastikan kulit anda sentiasa cantik, licin dan anjal semula.

2. Menggalakkan perkembangan otak serta menguatkan daya ingatan anda.

3. Menguatkan penyambungan di antara tisu - tsiu

4. Bertindak sebagai agen antioksidan dan anti penuaan bagi mencegah kanser.

5. Membantu mengekalkan kesihatan rambut, sendi dan tulang serta mencegah osteoporosis.

6. Mengaktifkan sistem imun badan, membekalkan tenaga dan menpercepatkan kadar metabolisma

Khasiatnya :

1. Melancarkan sistem darah yang betul.

2. Melagakan pernafasan.

3. Membetulkan sistem urat saraf.

4. Memperbetulkan sistem buah pinggang.

5. Memutih, melicinkan muka ( untuk lelaki dan wanita terutama sekali untuk wanita mengandung )

6. Menghilangkan kedut - kedut muka ( lelaki dan wanita )

7. Membuang air dalam paru - paru ( sekiranya menghidap masalah paru - paru berair )

8. Agen memperbaiki hepatitis B.

9. Meninggikan IQ dewasa dan kanak - kanak

10. Batuk - batuk kronik.

11. Awet muda.

12. Untuk kekuatan tenaga batin.

13. Menghasilkan sperma bagi lelaki, menghasilkan / peningkatan telur dalam ovari.

14. Merupakan makanan sihat bagi para perokok, serta mengurnagi effect yang ditimbulkan dari nicotin.

15. Penambahan selera makan terutama bagi warga emas.





Khasiat Sarang Burung Layang - Layang


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia ..


Sejak dulu lagi, khasiat sarang-sarang burung layang-layang atau walet didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.

Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar.

Penyelidikan saintifik moden mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen sekali gus bagus untuk semua peringkat usia.

Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.

Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.

Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan, bergantung kepada cita rasa tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika menjamu. Bagaimanapun ia memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan.

Namun kini, menyedari khasiatnya dan permintaannya semakin tinggi terutama untuk kecantikan, ia boleh didapati dalam bentuk sapuan dengan harga yang murah dan mudah dimiliki oleh semua golongan.

Buat pertama kalinya, Nutox Oxyfusion memperkenalkan rangkaian produk kecantikannya yang berasaskan kolagen sarang burung walet yang bertindak sebagai cara penyelesaian terhadap kehendak wanita yang sentiasa menginginkan wajah kekal awet muda.

Ekstrak sarang burung walet mampu membuatkan bahan-bahan aktif yang terkandung mudah menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk membaikpulih struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada wajah.

Manfaat sarang burung layang-layang ( Walet )

1. Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walet menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:

2. Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

3. Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.

4. Pengambilan sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.

5. Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

6. Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

7. Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.

8. Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.






‎13 Cara Mudah Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.
1. Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.
2. Ambil Wudhuk
Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.
3. Tulis
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.
4. Kenalpasti Yang Utama
Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?
5. Buang Yang Tidak Penting
Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.
6. Cukup Rehat & Tidur
Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.
7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi
Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.
Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.
8. Kembali Kepada Alam
Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.
9. Lepaskan
Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.
10. Kemas Ruang Anda
Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.
11. Berkongsi Masalah
Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.
12. Sedikit Lagi
Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.
13. Buat
Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!

- Inspirasi Buat DiriKu Sendiri 

Apa Itu Tune Talk


Tune Talk adalah Telefon Operator paling pesat berkembang Virtual Network ( MVNO ) di negara ini , secara rasmi melancarkan perkhidmatan komersil kami pada 19 Ogos 2009.
Sasaran kami adalah untuk menyediakan kadar panggilan super rendah dan insentif yang menarik untuk segmen yang kurang daripada pasaran. Perkhidmatan prabayar kami menawarkan tanpa perkhidmatan lebih suara dan Khidmat Pesanan Ringkas ( SMS) pakej yang memenuhi permintaan untuk mudah, nilai-untuk - wang produk dengan akses yang mudah dan jangkauan pengedaran yang luas.

Kami dari segi operasi, Maya Pengendali Rangkaian atau MVNO menunggang Bergerak di rangkaian meluas Celcom ( Malaysia) Berhad sejak menandatangani perjanjian MVNO dengan Celcom pada Disember 2008.

Tune Talk majoriti dimiliki oleh Celcom Axiata Berhad dan Tune Group Sdn Bhd, dengan masing-masing 35 % dan 25.1 %. Tune Group Sdn Bhd dimiliki bersama oleh Tan Sri Dr Anthony Francis Fernandes dan Dato ' Kamarudin Meranun .

Kerjasama kami dengan Celcom merupakan satu perkongsian mercu tanda yang mempamerkan kerjasama dan datang bersama-sama pembekal telekomunikasi utama di negara ini dan MVNO untuk membawa inovasi dan merevolusikan industri mudah alih di negara ini .

Tune Talk adalah hasil dan kemuncak tahun dedikasi dan kerja keras. Ia adalah aspirasi kami untuk menjadi MVNO ASEAN dan kerja-kerja sedang dijalankan untuk membuat ini satu realiti walaupun pelanggan kami sedang menikmati perayauan penuh berikutan pengaturan perayauan sedia ada Celcom.

Sebagai sebuah MVNO , model perniagaan kami membolehkan kami untuk memberi tumpuan kepada meningkatkan produk kami, pemasaran dan perkhidmatan pelanggan tanpa keperluan untuk membina dan mengekalkan rangkaian selular . Ini membolehkan kami untuk memastikan pelaburan modal yang rendah, dengan itu memberi tumpuan kepada menawarkan kadar panggilan super rendah dan memberikan para pelanggan kami perkhidmatan pelanggan yang hebat.

Sebagai ahli Kumpulan Tune, kita mempunyai kelebihan menyediakan menawarkan gaya hidup benar-benar unik tawaran oleh Tune Money dan Tune Hotel .

Tune Talk merupakan Pembekal berlesen Perkhidmatan Rangkaian ( Individu) dan Pembekal Perkhidmatan Aplikasi ( Kelas) penomboran blok dibenarkan oleh Suruhanjaya Multimedia ( SKMM) dan Komunikasi Malaysia .

Ada Apa Dengan Tune Talk

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Mari menjana pendapatan dengan hanya menggunakan Simkad TUNETALK TONE EXCEL..

Join Program tunetalk toneexcel, banyak kelebihannya. Terbuka kepada semua individu 

Anda topup ANDA DAPAT DUIT..
Keluarga anda topup ANDA DAPAT DUIT..
Kawan anda topup ANDA DAPAT DUIT..
Dimana-mana sahaja kedai topup di seluruh negara

Sertai kami dalam PROGRAM KOMUNITI TUNETALK TONEEXCEL, kerjasama dengan LEMBAGA PELINDUNG DAN KEBAJIKAN PENGGUNA MALAYSIA

Kelebihan Program ini 
1. Anda diberi perlindungan Insuran RM100,000 PERCUMA sepanjang hayat.
2. Anda BUKAN JUAL TOPUP, anda topup handphone anda macam biasa je.. Apabila anda isi kredit/Topup handphone anda, ANDA dapat duit. 
3. Apabila keluarga atau rakan anda isi kredit/Topup hanphone mereka, ANDA dapat duit. DIMANA-MANA SAHAJA MEREKA TOPUP, di kedai jual topup, di seven eleven, di stesen minyak atau topup secara online Maybank2u, CIMB Click atau sebagainya ANDA tetap dapat duit.. walaupun pada ketika itu anda sedang tidur di rumah, atau sedang memancing atau jalan2 bersama ahli keluarga, anda tetap dapat DUIT yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda!

Jom sertai kami...ada faedahnya..kalau tidak tentu saya tak akan tukar ke tune talk..dan masih kekal jenama line lama...kenapa saya tukar dan mahu sertai program ini...sebab ada banyak faedahnya...mari ketahui lebih lanjut...




Tune Talk adalah perkhidmatan mobile prepaid yang diterajui oleh Jason Lo dengan taglinenya ” The Cheapest Mobile Prepaid Service in Malaysia|Now We’re Talking” .New in the market dan sudah semestinya ada Pro & Cons tentang perkhidmatan yang ditawarkan.  More info :http://tunetalk.com

Apa Yang Bestnya tentang Tune Talk ni?


1. Flat rate, panggilan telefon 16sen seminit, mesej 5 sen per sms, dan kadar data internet, 5 sen perMB. Memang rasanya yang paling murah di pasaran untuk prepaid untuk panggilan telefon. 


2. Tune Talk points yang boleh ditukarkan dengan Air Asia tiket. Boleh redeem bila dah cukup pointnya.

3. Pilihan untuk menukar nombor anda anytime

4. Selfcare Account

Untuk mengetahui lebih lanjut akan faedah tunetalk, anda boleh kunjungi di http://tunetalk.com.services









NABI MUHAMMAD s.a.w DENGAN PENGEMIS BUTA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.
Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada
juga yang tidak mempedulikannya langsung.

Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.

Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.
Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.
Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.
“Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah Aisyah.
“Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.
“Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”
“Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.
“Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.

Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.
“Hei… Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaan.
“Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.
“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.
“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil mengesat air matanya yang sedih.
“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.
“Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati.
“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.
“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.
“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.
“Ya benar. Kamu tidak percaya?”

“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak.

“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu Bakar ra.
“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta itu.
Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah..

Kartun Kegemaran ku - Naruto Shippuden, Detective Conan,

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

naruto shippuden .. salah satu kartun kegemaranku  dari zaman persekolahan lagi .. namun ekoran daripada kesibukan kerja dan umur pun dah meningkat .. akhirnya kartun kegemaran dah pun dilupakan ....

Hahahaha .. saya ingatkan saya seorg jak yang meminati kartun ini, rupa2nya ada seorg kawan tu pun meminati kartun ini .., nilah



Detective Conan - kartun ni pun menjadi salah satu kartun kegemaran saya, bahkan adik perempuan saya jugak meminati kartun ini ....,



Gaban .... masa kecik kecik dulu,memang minat giler kat gaban nie...  teringat nostalgia kecil2 dulu.......memang best ceta gaban ni... 




Sailormoon - hahahaha kartun jugak menjadi salah satu kegemaran masa kecik-kecik dulu .....





Ok ... kartun di atas adalah di antara kartun yang sering menjadi sebutan dan kegemaran zaman kecik - kecik dulu .. iyalah bagi sesiapa yang lahir 1980 - an & 1990 - an .. mesti teringat akan kartun di atas ....

Mutiara Kata

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

" Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI..."

" Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat."

" KEPUASAN TERLETAK PADA USAHA, BUKAN KEJAYAAN."

Renung-renungkanlah .... 

Falsafah Diri

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

"ADIL KEPADA DIRI SENDIRI & ADIL KEPADA ORANG LAIN.KEADILAN UNTUK SEMUA, INSYAALLAH."


3/23/2014

Sahabat

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Sahabat, untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.Tetapi untuk memusnahkannya terkadang mengambil waktu tidak sampai sesaat pun.Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan.

Sahabat, persahabatan yang telah terbina ibarat dua jambatan yang menghubungkan antara dua benuha,Jambatan itu akan terus kukuh jika ia sentiasa dibaiki oleh kedua-dua pihak..Insya'Allah


Sahabat, bersahabatlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan KESETIAAN, berbatangkan KEIKHLASAN, berdahankan KEJUJURAN, berantingkan KESEFAHAMAN dan berdaunkan KASIH SAYANG.


Sahabat, mengenalimu satu kesyukuran, bergurau denganmu satu kebahagiaan, menyakiti hatimu akan ku elakkan..satu permintaan dariku semoga persahabatan kita berpanjangan.


Sahabat, persahabatan itu seperti mata dan tangan. Ketika tangan terluka mata menangis. Ketika mata menangis tanganlah yang menghapuskannya...dan orang mengenali benar sahabat-sahabatnya ialah pada waktu dia dalam keadaan susah.


Sahabat, bergaullah dengan manusia sebaiknya, sehingga kalau kamu mati mereka tangisi Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu.


Sahabat, apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat.


Sahabat, sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.


Sahabat, terlalu sukar menjalinkan persahabatan kerana ia adalah pertautan hati,bukan pertautan fikiran,lebih-lebih lagi bukan perhubungan kebendaan semata.


Sahabat, persahabatan yang akrab tidak dapat dipisahkan melainkan dengan kematiaan..


Sahabat, jika kamu bersahabat bersiap sedialah untuk berkoraban demi sahabat kamu itu.jika kamu bermusuhan dengan sahabat mu bersiap sedialah untuk mengalah demi persahabatan kalian.


Sahabat, teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pepasir dipantai, tetapi teman yang satu adalah mutiara diantara pepasir itu.


 Sahabat, apabila ingin bersahabat,janganlah kerana kelebihannya, kerana kemungkinan satu kekurangan darinya,kau mungkin akan menjauhinya ..

Insya Allah .. amin