3/21/2014

Ajaibnya Sedekah

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, dewasa ini amalan bersedekah dan bantu-membantu sudah tidak asing lagi dalam kalangan penduduk berbilang kaum serta budaya di negara ini. Sikap ini terus berkembang merentasi sempadan dunia hingga sampai ke negara memerlukan bantuan. 

Kenapa sedekah dan bantu-membantu itu sering beriringan? Ini kerana ia adalah dua sikap yang lebih kurang sama. Kita membantu orang yang berada dalam kesusahan, ia juga dikira sedekah. Malahan, senyuman manis dan perkataan baik yang mendamaikan hati dan telinga orang yang mendengar pun adalah sedekah.Hadis Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah berkata: “Rasulullah SAW bersabda setiap anggota badan manusia bersedekah setiap hari selama matahari masih terbit. Kamu mendamaikan antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah, kamu menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, berkata yang baik itu adalah sedekah, setiap langkah berjalan untuk solat adalah sedekah, dan menyingkirkan suatu halangan dari jalan adalah sedekah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sedekah, dalam pengertian umumnya adalah memberi sesuatu kepada orang lain. Kita memiliki wang sebanyak RM 1, 000.00 misalnya. Kemudian kita memberikan wang itu kepada seseorang. Pemberian kita ini dikategorikan sebagai sedekah. Bahkan, kita tidak perlu memberi wang, harta, makanan, pakaian ataupun rumah, tetapi cukup kita memberikan senyuman kepada orang lain. Ia juga suatu sedekah. Dalam pengertian ini, sedekah bukan ajaran murni dalam ajaran Islam sahaja. Bahkan agama-agama lain juga turut mengajarkan sedekah ataupun pemberian. Hanya perkataan 'sedekah' sesuai digunakan dalam konteks agama Islam sahaja. Agama lain bebas menggunakan kata-kata lain yang membawa maksud yang sama iaitu memberi sesautu kepada orang lain.

Kita dapat melihat kemuliaan sedekah itu daripada manfaat - manfaat sedekah itu sendiri. Ada dua manfaat yang dapat kita rasakan dan miliki daripada amalan sedekah. Dua manfaat itu adalah :

(1) manfaat pada diri orang yang bersedekah

(2) manfaat pada diri orang menerima sedekah.

Sekurang - kurangnya, ada empat (4) manfaat sedekah bagi orang yang mengeluarkannya. Empat manfaat adalah :

(1) Sedekah mengundang rezeki

(2) Sedekah menolak bala

(3) Sedekah menyembuhkan penyakit

(4) Sedekah memanjangkan umur.

Allah swt berjanji di dalam Quran, dia pasti membalas sedekah yang kita keluarkan. Ia ibarat menanam pokok di kebun Allah swt dan pokok itu pasti berbuah. Walaupun buahnya tidak lebat, sekurang-kurangnya ia pasti berkembang. Walaupun Allah swt tidak menurunkan hujan lebat, sekurang-kurangnya Allah swt turunkan hujan gerimis.


No comments: