
"Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas ke bujang."
Haryani dan Laksaman Sunan .. saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman berbeza. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifuddin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam. Dani .. pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad ke 21. Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya, sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati! "Bagaikan puteri .. penuh konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik, Hanya kerana cinta .. manusia sanggup berperang!"
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia .. di atas merupakan petikan sinopsis daripada novel "Bagaikan Puteri", novel kegemaran saya. Saya amat meminati novel ini kerana ianya berbentuk thriler dan lain daripada yang lain. Penulis novel ini, Ramlee Awang Murshid. Saya membaca dengan penuh teliti, keadaan manusia ketika koma memang sukar nak dijangkau akal fikiran.
Saya sebenarnya ketika membeli novel "Bagaikan Puteri" ini, sinopsis di bahagian kulit belakangnya menhidangkan ayat-ayat yang puitis yang bermain dengan kata - kata yang indah. Saya amat tertarik hati lalu membeli novel ini. Bahkan pula ditambah dengan genre epik pengembaraan yang sememangnya salah satu tema kesukaan, maka bingkisan ini bagaikan pucuk di cita ulam mendatang.
No comments:
Post a Comment