Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia ....
Tak kira sama ada lelaki mahupun perempuan, amat mementingkan penampilan diri. Penampilan diri melambangkan imej dalaman seseorang. Oleh yang demikian, imej ini adalah kombinasi perwatakan, pemikiran, etika berpakaian dan penampilan yang ditunjukkan. Oleh sebab itu, sesetengah individu amat mengambil berat pakaian bersesuaian dengan pekerjaan mereka.
Atas dasar itu, imej adalah berkait rapat dengan tanggapan dan persepsi atas seseorang individu tersebut. Oleh yang demikian, bagi menggayakan pakaian, seseorang itu harus menitik beratkan pertimbangan berikut :
1. MENGENAL BENTUK BADAN
Tak kira sama ada lelaki mahupun perempuan, amat mementingkan penampilan diri. Penampilan diri melambangkan imej dalaman seseorang. Oleh yang demikian, imej ini adalah kombinasi perwatakan, pemikiran, etika berpakaian dan penampilan yang ditunjukkan. Oleh sebab itu, sesetengah individu amat mengambil berat pakaian bersesuaian dengan pekerjaan mereka.
Atas dasar itu, imej adalah berkait rapat dengan tanggapan dan persepsi atas seseorang individu tersebut. Oleh yang demikian, bagi menggayakan pakaian, seseorang itu harus menitik beratkan pertimbangan berikut :
1. MENGENAL BENTUK BADAN
- Potongan dan kombinasi warna pakaian yang dipilih
- Kesesuaian jenis pakaian dan aksesori
- Kedudukan atau pangkat dalam organisasi
2. JENIS PAKAIAN KE PEJABAT
- Lounge suit
- Nehru suit
- Suit perempuan
- Pakaian pejabat (lelaki)
- Pakaian pejabat (perempuan)
- Baju batik
- Baju seragam
- Baju korporat
- Pakaian kebangsaan
- Pakaian Alternatif
Aksesori juga amat penting dalam pemakaian kerana ini akan menaikkan seri sesautu pakaian atau pemakai. Sebagai contoh, penggunaan tali pinggang, jam tangan, tanda nama,cufflink,rantai,gelang,cincin, kasut serta stoking dapat membantu melengkapkan penampilan.
TIP TAMBAHAN
Baju kemeja
- Elakkan memakai kemeja daripada jenis berkilat dan jarang
- Pilih kemeja yang selesa dipakai dan berpadanan dengan bentuk badan dan warna kulit
LOUNGE SUIT
- Dipakai dengan baju lengan pangjang sewarna.
- Semasa berdiri di majlis atau mesyuarat, hanya butangkan satu sahaja suit tersebut manakala semasa duduk, butang tersebut boleh dibuka untuk keselesaan.
BEG TANGAN DAN KASUT
- Warna beg tangan boleh dipadankan dengan warna kasut
- Beg tangan sederhana besar adalah sesuai untuk dibawa ke pejabat, manakala jenis bertali den kepit dipakai jika menghadiri majlis rasmi
PERLU ADA
- Seluar panjang hitam antara yang perlu ada di dalam almari pakaian. Selain itu, pakaian yang perlu ada seperti jaket formal, blazer dan pakaian formal yang lain.
- Seandainya pejabat anda membenarkan berpakaian kasual untuk menampakkan lebih bergaya, ia boleh dipadankan dengan jean bersama kemeja putih ataupun bersama tunic. Dengan padanan yang betul, pakaian kasual juga boleh menyerlahkan profesionalisme seseorang pekerja itu.
- Tidak hanya dengan pakaian berjenama mahal sahaja mampu menyerlahkan penampilan, kreatif mengenakan suai padan juga mampu menyerlahkan penampilan untuk ke pejabat.
UTAMAKAN KESELESAAN
- Seandainya pakaian yang dikenakan tidak memberikan keselesaan kepada anda, ia boleh mengganggu keseluruhan hari anda di pejabat. Ia akan menganggu tumpuan anda kepada tugas dan menganggu mood di pejabat.
- Tip yang boleh dipraktikkan untuk melihat sama ada anda mengenai saiz yang betul ataupun tidak ialah, andainya butang baju kelihatan tegang antara satu sama lain, itu bermakna anda mengenakan saiz lebih kecil daripada saiz badan anda yang sebenarnya.
- Tetapi jika terlalu longgar dan bear ia akan memberikan pandangan negatif kepada diri anda sendiri. Perlu ingat, pakaian untuk ke pejabat mestilah yang sesuai dengan saiz badan anda, bersih dan bergosok.
- Elakkan mengenakan pakaian tidak bergosok, sangat menunjukkan anda pemalas dan tidak berpersonaliti.









![[tapai+ubi1.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4IKQf4CiOGPC1eCJ5u_GBHzC8jcnsOxLvV-lTJ2DcLZccVw7Pgqy3AN6EeQo4R_e-T5y_nSb487XVnVe2yvTvKMXrKKveWw3fhAe6V3t3h5BHTfzfo083OirzN473jj5n6cbV5KuT-c5w/s1600/tapai+ubi1.jpg)