4/13/2014

MINUM PETANG BERSAMA KELUARGA DI HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia ....

Di hujung minggu, selalunya saya dan keluarga akan menghabiskan masa bersama. Pelbagai acara dan aktiviti memasak kami sekeluarga kongsi bersama. Jika minggu lalu kami sekeluarga berada di kampung Tomphinathon, Kiulu, kali ni kami sekeluarga berkumpul di hujung minggu di rumah kami sekeluarga di Kota Kinabalu.

Di antara aktiviti memasak yang saya sekeluarga buat kali ni, yang saya akan kongsikan dengan pembaca ialah :

1. UBI KAYU INTI BILIS

Bahan-bahan :

1. 3 - 4 potong ubi kayu (rebus & lenyekkan)
2. 3 sudu gula
3. 4 sudu kelapa parut (dari kelapa yang sedikit muda)
5. 1/2 gengga, ikan bilis (goreng dan tumbuk kasar)
6. Garam
7. Tepung gandum (bancuh macam nak buat goreng pisang)

Bahan Tumbuk Halus / Kisar
1. 10 biji cili kering (rendam sekejap)
2. 5 biji cili padi
3. 1 biji bawang merah
4. 1 ulas bawang putih

INTI BILIS:

- Tumis bahan kisar. Kemudian, masukkansecubit garam dan sedikit gula. Gaul sehingga rempah masak. Masukkan ikan bilis. Gaul sehingga sedikit kering, angkat dan ketepikan.

PEMBALUT/UBI KAYU

1. Gaul ubi kayu bersama kelapa parut dan baki gula sehingga sebati.

CARA :
1. Ambil sedikit ubi kayu dan leperkan di tapak tangan.
2. Letakkan inti ikan bilis di tengah - tengah dan tutup dengan kemas agar inti tidak keluar. Bentukkan bulat atau sedikit bujur.
3. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng dengan api sederhana besar sehingga sedikit keemasan.
4. Siap untuk di makan. Selamat mencuba.



2. ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI

CARA - CARA :

1. Beberapa keping ikan tenggiri
2. Segenggam cili keirng yang telah direbus
3.3 biji  bawang merah 
3. 2 biji bawang putih
4. 2 inci halia dan secubit bijisawi
5. Daun keosm secukupnya serta asam keping .... bergantung pada individu .. kalau nak guna asam jawa pun boleh jugak.

Mesin halus bahan asas di atas kecuali biji sawi, tumis bersama separuh daun kesom hingga naik wangi dan semerbak dapur. Kemudian campurkan sekali biji sawi .. keharuman bertambah daripada masakan, bila dah pecah minyak masukkan air .. agak-agak ikut banyak mana ikan .. pekat pun boleh .. lepas tu masukkan ikan daun kesom yang selebih tadi dan asam keping .. tunggu hingga ikan masak akhir sekali boleh masukkan bendi dan bila dah masak bolehlah matikan api.



3. BISKUT FAMOUS AMOS

Bahan A
1. 1/4 cawan gula kaster
2. 1/2 cawan gula perang 
3. 1/2 cawan mentega (+75 gm)
4. 1 biji telur gred B
5. 1/4 sedikit garam
6. 1/2 sb susu segar atau susu tepung
7. 1/2 sk vanilla extract


Bahan B
1. 2 cawan tepung gandum ( di ayak)
2. 1 sb serbuk koko (di ayak)
3. 1 sb tepung jagung (di ayak)
4. 1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips


Cara - cara :

1. Satukan kesmeua bahan A ke dalam mangkuk besar. Kemudian, satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.

2. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan coklat chips. Adunan agak lembik.

3. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Kalau boleh, jarak - jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160c selama 15 - 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota :

1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan perang. Sekiranya tak suka manis, buleh guna 3/4 cawan gula halus dan ditambah dengan 3/4 gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji).

2. Tips untuk dapatkan cookies yang tak terlalu rapuh, tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan.

3. Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper atau merebak, selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas itu boleh disudukan ke dalam pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair. Di dalam resepi ini saya gantikan almond dengan sunflower seed. Coklat cip sunflower seed cookies @ famous amos cookies.




4. CHOCOLATE PEANUT BUTTER GANACHE BARS 

bahan-bahan biskut :
1. 3 3/4 cawan tepung gandum
2. 2 sudu kecil baking powder
3. 1 1/2 cawan butter (340g) - suhu bilik
4. 1/2 cawan gula halus
5. 1/2 cawan brown sugar
6. 3 biji telur - suhu bilik
7.120g chocolate - dicairkan
8. 1/2 cawan peanut butter chunky(kasar)
9. 1 cawan chocolate chips

Cara - cara biskut :
1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
2. Pukul butter, gula halus & brown sugar hingga kembang.
3. Masuk kan telur sebiji demi sebiji sambil pukul hingga sebati & tidak bergentel.
4. Masuk kan tepung & gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. sebahagian digaul dengan chocolate cair & chocolate chips. Gaul hingga sebati.
6. Sebahagian lagi digaul dengan peanut butter. Gaul hingga sebati.
7. Tekankan adunan peanut butter hingga padat kedalam loyang berukuran 9x9 inci yg telah dialas terlebih dahulu (supaya mudah nak keluarkan).
8. Kemudian, tekankan pulak adunan chocolate diatas.
9. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama 30 minit (atau ikut had kepanasan oven masing-masing, jaga jgn hangus pulak)
10. Biarkan sejuk dahulu sebelum dituangkan dengan chocolate topping diatasnya.

bahan-bahan topping :
1. 1/2 cawan butter
2. 250g chocolate chips
3. 3 sudu kecil golden syrup atau madu

cara-cara topping :
1. Cairkan kesemua bahan topping dengan menggunakan cara double boiling atau microwave.
2. Pastikan adunan sejuk sebelum di tuangkan keatas cake.
3. Biarkan chocolate mengeras (sets) sebelum dipotong & dihidangkan.




5. PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan - bahannya :

1. 1 1/2 senduk gula pasir)...dimasak untuk dijadikan gula hangus...kemudian ketepikan...

2. ...10gm agar2 serbuk (2 sudu besar)
3. 4 cwn air
4. 1 1/2 senduk gula
5. 1 tin susu cair
6. 3 sudu bsr tpg kastard
7. 1 sudu kecil esen vanila
8. sedikit pewarna kuning telur

Cara - caranya :


masak serbuk agar2 bersama 4 cwn air dan gula...dibekas yg lain campurkan susu cair,tpg kastard dan esen vanila...kacau hingga sebati...kemudian ditapis dan masukkan kedlm periuk agar2 td...masak hingga adunan agak memekat sedikit....kemudian boleh dituang kedlm loyang gula hangus td...sejukkan dahulu dan boleh disimpan kedlm peti ais.
Pagi esok..baru terbalikkan ya..hiaskan dgn buah-buahan..
Selamat Mencuba!!!




6. RENDANG PEDAS KUALA LINGGI

Ayam - Seekor (potong kecik-kecik)
Santan Kotak - 1 kotak
Kerisik - 1 bungkus
Daun limau purut - 5 helai (hiris halus)
Daun kunyit - 4 helai (hiris halus)
Lengkuas - 2 cm (x masuk x apa)
Air - 2 cawan
Rempah kari - 1 sudu
Asam keping - 1 keping

Cili padi - 8 biji *
Cili kering - 10 biji*
Serai - 6 batang *
Bawang besar - 3 biji *
Bawang putih - 3 ulas*
Halia - 2 cm* (semua bertanda* Blender)

Minyak masak - sedikit utk tumisan
Kulit kayu manis - 1 batang kecil #
Bunga lawang - 1 kuntum #

Garam - 1 sudu
Gula melaka - 1 sudu
Gula pasir - 1 sudu

CARA2 :-

1- Panaskan minyak , tumis bunga lawang & kulit kayu manis

2- Masukkan bahan2 yg telah diblander tadi. Lebih kurang 5 minit, masukkan ayam. Gaul sebati dalam api sederhana besar. Tambah air 1 cawan dalam kuali untuk empukkan ayam.

3- Masukkan rempah kari & asam keping

4- Agak wangi bau tumisan tadi (5-6 minit) masukkan santan. Tambah air lagi (1 cawan) . Agak2 tenggelamkan ayam tu. Biar menggelegak.

4- Masukkan kerisik, garam, gula melaka & gula pasir

5- Bila rendang agak pekat, masukkan hirisan daun limau purut & hirisan daun kunyit.

6- Selesai merendang, bolehlah hidangkan untuk suami dan keluarga 





7. BISKUT TART BUNGA TULIP

bahan2nya;

250 gm mentega
400 gm tepung ros atau gandum
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu gula kastor
2 sudu tepung kastard
jem nenas secukupnya
perwarna hijau,kuning,purple

Cara membuatnya;

satukan mentega,kuning telur,gula dan esen vanila dalam mangkuk,gaul sebati mengunakan senduk,tak perlu guna mixer,bila sebati masukkan tepung dan kastard yang telah diayak bersama,gaul sekata,ambil sebesar cawan letakkan perwarna hijau untuk bahagian daun,yang selebihnya boleh letak perwarna kuning atau purple,rehat adunan selama 20minit,baru di uli dan terap mengunakan acuan berbunga,jangan terlalu tebal,ambil jem nenas golek2kan pada tapak tangan buat seakan bujur baru diletakan atas adunan yang diterap tadi,gulung kemas dibahagian tampuk daun,ambil sedikit adunan warna hijau golek2kan sebesar batang mancis,leperkan dengan jari letak pada bahagian bawah biskut tadi,bakar pada suhu 180c selama 20minit.





8. TAPAI PULUT

Bahan - bahan ( anggaran 12 orang makan )
1. 1 kg beras pulut
2. 1/2 biji ragi - ditumbuk halus
3. Daun pisang atau daun getah atau daun keladi .. kalau tak ada bekas plastik pun boleh.

Cara - cara :

Tanak pulut. untuk tanak pulut supaya tak lembek ialah sukat dulu pulut dengan cawan dan kira bilangannya jika 5 cawan pulut maka air juga mesti 5 cawan

Apabila dah masak masukkan pulut dalam dulang dan rata2kan.

Tunggu sejuk dahulu, barulah ayakkan ragi diserata permukaan pulut tadi, kemudian terbalikkan pulut dan ayakkan ragi dipermukaan yang belum kena,

Setelah semua bahagian kena ragi, bungkuslah dengan daun pisang, peram 2 hari. 

Tapai

9. TAPAI UBI

Bahan - bahan

1. 1 1/2 kg ubi kayu

2. 1 biji ragi

3. Daun pisang secukupnya

Cara membuatnya :

1. Kupas kulit ubi kayu dan basuh sehingga bersih. Potong ubi sederhana kecil, kemudian rebus sehingga empuk. Setelah cukup empuk ( tidak terlalu empuk ), angkat dan toskan airnya. Kemudian sejuk sebentar.

2. Sebelum ragi digunakan, jemur dulu untuk setika. Kemudian hancurkan ragi dan tabur pada ubi yang telah ditaburkan dengan ragi tadi. Buat begini satu - satu sehingga selesai. 

3. Lapiskan sehelai daun pisang ke dalam sebiji pasu tanah atau belanga tanah. Kemudian aturkan ubi yang telah ditaburkan dengan ragi tadi. Tutup dengan sehelai daun pisang lagi. Kemudian tutup pula dengan penutup pasu. Bungkuskan pasu dengan kain kemas - kemas.

4. Setelah 3 hari, bolehlah dimakan atau disimpan dalam peti sejuk untuk nikmati rasa yang lebih enak.

[tapai+ubi1.jpg]

10. Resepi Nasi Goreng Kampung Cilipadi

Nasi sejuk 4 cawan
Telur ayam 3 biji
Cili padi 25 biji
Belacan 1 inci
bawang besar (merah) 2 biji
Ikan bilis putih segenggam
Minyak masak 1/2 cawan
serbuk ikan bilis knorr

Cara - cara :
Tumbuk cili padi, ikan bilis dan belacan. Ketepikan. Tumbuk bawang putih dan bawang (besar) merah berasingan. Ketepikan.

Panaskan minyak, kemudian bawang bawang tumbuk, goreng hingga naik bau, masukkan campuran cili tumbuk, belacan dan ikan bilis tadi, tumis dan gaul bersama hingga naik bau. 

Ketepikan ke semua bahan yang telah di tumis tadi di tepi kuali. Masukkan telur dan kacau sehingga masak dan garing. Masukkan nasi dan gaul rata. Masukkan serbuk ikan bilis knorr.

Angkat dan hidang.


Selamat mencuba !!!!!!!!!!!


No comments: