4/02/2014

Sukan Komenwel 1998

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Sukan Komanwel XVI 1998 merupakan Sukan Komanwel telah diadakan di Kuala Lumpur dari 11 hingga 21 September 1998 yang merupakan tuan rumah negara Asia yang pertama dan SUkan Komanwel terakhir untuk abad ke - 20. Satu rekod 70 negara (34 daripadanya memperoleh pingat) membekalkan 3638 atlet.

Majlis Pembukaan

Nyanyian medley lagu-lagu pelbagai kaum daripada penyanyi terkenal Malaysia seperti Ella, Anuar Zain, Ziana Zain, Shella Majid, Amy Masture, Ning Baizura dan banyak lagi. Selain itu, Gimsemua turut dipersmebahkan oleh kanak - kanak seramai 250 orang untuk akrobatik.  Tarian moden dan tradisional, di antaranya menggunakan selendang, kipas, gelung rotan, pom - pom dan lain - lain dipersembahkan daripada pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan Convent (1) Bukit Nenas, Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nenas.  33 penerjun dari paras 4000 kaki membawa bendera Malaysia, Kanada England, Persekutuan Sukan Komanwel, Kuala Lumpur serta bendera Kuala Lumpur 1998. Majoriti ahli payung ini terdiri daripada kalangan tentera dan orang awam. Ketibaan DYMM Yang di Pertuan Agong Tuanku Jaafar dan merasmikan Kuala Lumpur 1998, gong gergasi telah dipalu. Ratu Elizabeth 11 menyerahkan baton pada 9 Mac 1998 bersempena Hari Komanwel di Istana Buckingham, London. Baton tersebut dibawa merentasi negara - negara Komanwel dalam enam (6) benua dan tiba
di Malaysia pada 7 Julai 1998 di Tawau, Sabah. Baton peringkat Malaysia brbentuk 'gobek iaitu sejenis alat untuk menumbuk buah pinang yang banyak di rumah kampung tradisional Melayu. Bunga raya menghiasi baton ini. Seramai 5040 ahli Persatuan Buddhist Soka Gakkai membuat persembahan kad flip dan sebanyak 258 rea bentuk yang menarik ditonjolkan.

Logo dan Masket

Logo Sukan Komanwel ke - 16 ini diinspirasikan daripada bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya. Ini merupakan pertama kali warna kuning digunakn dalam lambang logo. Sebelun ini hanya warna biru dan merah digunakan sebagai lambang bendera Union Jack.

Maskot rasmi badi Sukan Komanwel di Kuala Lumpur iaitu orang Utan. Maskot ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 April 1994.

Venue

Sejumlah RM 561 juta dibelanjakan untuk membina infrastruktur bagi menjayakan acar suka termasuk pembinaan Kompleks Sukan Bukit Jalil, 21 gelanggan suka dan Pusat Penyiaran Antarabangsa.Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan stadium utama yang menjadikan tempat berlangsungnya acara pembukaan dan penutupan rasmi. Stadium ini boleh menempatkan sehingga 100 00 penonton dan juga mempunyai trek balapan. Perkampungan sukan pula merangkumi pembinaan 30 buah blok pangsapuri yang boleh menempatkan lebih kurang 6000 atlet dan pegawai sukan. Perkampungan sukan ini hanya terletak 500 meter dari stadium utama dengan dilengkapi sistem pengangkutan awam iaitu LRT.


Duta

Setelah dipersetujui oleh beberapa pihak untuk mengadakan majlis besar Sukan Komanwel 1998 di Stadium Nasional Bukit Jalil, mereka akhirnya berminat dan bersetuju untuk memilih Artis Rock Nombor Satu Negara iaitu Ella sebagai artis tema Sukan Komanwel. Ia sekaligus menjadikan Ella satu-satunya artis Malaysia yang menadi penyanyi lagu tema tersebut. Paling membanggakan, Ella bukan sahaja menjadi penyanyi tema Sukan Komanwel Malaysia, beliau juga merupakan artis pertama Asia yang mnejadi Duta Sukan Komanwel Asia. 

Ella - standing in the eyes of the world ...... 





No comments: