4/13/2014

BIARLAH ORANG KATA TIDAK CANTIK


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia ....,

Salam berhujung minggu .., sesungguhnya cantik itu amat subjektif. 

Oleh itu .., cantik diluar belum tentu cantik didalam .., namun jika cantik didalam, meskipun diluar tidak cantik, ia tetap cantil kerana ia mampu menyejukkan mata sesiapa yang memandangnya dan mendingin hati sesiapa yang berada disekelilingnya ...

Sesungguhnya kecantikan atau sebaliknya tidak akan memberi kesan berkait keselasaan kepada seseorang, namun jika akhlak yang buruk sudah pasti menjadikan orang tidak tenteram dan tenang.

Usah risau jika tidak cantik diluaran, dan jangan bimbang tiada insan yang sudi menjadi pasangan kerana ketidakcantikan. Sesungguhnya insan yang bakal menerimamu itu adalah insan yang benar-benar ikhlas menerimamu seadanya.

Lantaran itu, kita sebagai manusia haruslah menerima diri kita seadanya kerana setiap ciptaan Allah swt adalah cukup sempurna dan baik.

Sebagai seorang manusia, kita harus belajar menerima diri kita seadanya. Menyayangi dan mencintai diri kita seadanya. 







No comments: